Monday, 31 October 2011

The Story of a Fairy Ep.2


Tahun berganti tahun, kini Ryuko berusia 15 tahun.
Ryuko telah membesar menjadi seorang remaja yang berdikari. Namun tanpa disangka, ibu bapa Ryuko telah bercerai dan membawa haluan masing-masing. Ryuko amat menyayangi ibu bapanya, dia tidak mahu mereka berpisah kerana sekiranya mereka berpisah dia perlu tinggal bersama salah seorang daripada mereka mengikut arahan makhamah kerana umurnya belum cukup 18 tahun untuk membuat keputusan sendiri.

Dilema yang di hadapi Ryuko amat merungsingkan fikirannya. Dia bertindak lari dari rumah dan menuju ke hutan berhampiran. Dia sangat sedih mengenangkan ibu bapanya yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan perasaannya.

Ryuko lari tanpa arah tujuan dan akhirnya dia berhenti di satu tasik.

tasik ni....

Kenangan 5 tahun dahulu bermain di fikirannya. Disinilah dimana dia bertemu dengan pari-pari Nae Mi.

alangkah baiknya jika dia ada...

Ryuko termenung menghadap tasik sambil bersandar di bawah sepohon pokok yang rendang. Perlahan-lahan matanya tertutup dan akhirnya dia tertidur.

wanginya..bau pe ni??
Haruman wangi yang menngamit rasa itu telah membuatkan Ryuko terjaga.
Sebaik sahaja dia membuka mata...

"Ryuko...?

"argghhh..!!"
sape pompuan ni...cantiknya..huhu..terkejut aku..
Ryuko terkejut dan terus berdiri kebelakang.

"Wah...tingginya awak sekarang..."
sambil tangannya mengukur-ukur ketinggiannya dengan Ryuko.

"err..."

"awak dah lupakan saya ye...?"
Wajahnya yang manis mendekati muka Ryuko yang kebingungan.

"awak buat pe kat sini..? sini kawasan larangan tau.."

"eh? ye ke? saya tak tahu macam ne saya boleh sampai sini...saya..."

"tak pe..jum saya bawak awak kesatu tempat...!"
Tangan Ryuko ditarik oleh perempuan misteri itu menuju ke hujung tasik.

"Jum masuk!"
Pelawa perempuan tersebut.

"eh,nanti..!"
Genggamannya direntap Ryuko.

"kenapa ni...?"

"awak sape? kita nak pegi mana?"

"awak x ingat ke..? 5 tahun dulu... awak ada datang ke tasik ni..."

5 tahn dulu...? mungkinkah....
"Nae mi!"

Serentak dengan itu, sayap pari-pari Nae Mi muncul dan mengibas perlahan.
Nae Mi hanya tersenyum dan mengangguk .

. . .



"Pintu ni yang memisahkan antara dunia manusia dan pari-pari.. hanya yang bertuah dan terpilih je dapat melihatnya..."

"jadi maknanya...saya.."

"ye..kamu telah menemui tempat ni ketika kamu masih kecil lagi..jadi seluruh penghuni dunia pari-pari telah mengenali kamu. kamu bebas untuk keluar dan masuk didunia ini dengan syarat kamu tidak menceritakannya kepada sesiapa..."

"ah..?"

"Setiap kali kamu dirundung kesediahan, serulah namaku. pintu ini akan terbuka menyambut kedatanganmu.."

"Terima kasih pari-pari Nae Mi...terima kasih..."
Ryuko sungguh terharu dan hampir menitiskan air mata.

Pari-pari Nae Mi sungguh gembira kerana dia dapat membawa kebahagiaan kepada Ryuko. Nyata keputusannya untuk membantu Ryuko tidak sia-sia.

Sunday, 30 October 2011

The Story of a Fairy Ep.1


Ryuko adalah seorang budak lelaki yang baru berusia 10 tahun. Dia sangat pandai bermain bola sepak, kemahirannya mengalahkan orang dewasa.

Petang yang aneh pada suatu hari telah membawa Ryuko ke satu tasik yang tak pernah dijejaki sesiapa. Hembusan angin yang membuai perasaan seperti memanggil2 nama Ryuko. Dia begitu leka bermain bola seorang diri sehingga tidak sedar sudah memasuki kawasan yang asing itu.
Tiba-tiba,tanpa disangka-sanagka...

"ploop!!"

"arrgh!!camne nih?!!!"


Bola kesayangan Ryuko telah terjatuh ke dalam tasik. Dek kerana badan Ryuko yang masih kecil itu, dia tidak dapat mencapai bola yang semakin jauh ke tengah tasik. Dia cuba sedaya upaya namun dia tetap gagal...

"huhuhu..isk,isk....huu.."
Ryuko mula menangis teresak-esak.

Tiba-tiba angin bertiup kencang! Cuaca berubah dingin ! Ryuko merasakan sesuatu..

"kenapa nangis ni dik?"

"arggh!!!"


Ryuko menjerit kecil apabila disapa dengan tiba-tiba. Ryuko memerhatikan individu yang menyapanya.

Cantiknya kakak ni...
Ryuko terpegun seketika.

"Adik jangan takut.Akak orang baik.Nama akak Nae Mi."
Sambil tersenyum dia menghulurkan tangan kepada Ryuko.

"ho?akak ni ada sayap la....akak pari-pari ke?"

Nae Mi hanya tersenyum. Lalu dia mengambil bola Ryuko yang sedang terapung di tengah tasik dengan sekelip mata.

"Nah, bola adik. Adik nama siapa?"

"Ryu...Ryuko...!"

"Lain kali jangan main kat sini tau. Sini bahaya. Kawasan larangan."

"err...bola saya..saya da dapat balik bola saya..! terima ka...eh?"

eh,kakak tu da hilang...? Sape kakak tu...?

Persoalan Hati


Hati Berbisik Kepadaku
Dimana Letaknya Cintamu ?
Dan Cinta Menjawab Suci
Tanyalah Empunya Diri
Rupanya Ini Semua Mimpi
Tiada Cinta Yang Hakiki
Kerana Hatimu Tiada Cinta
Cintamu Tiada Hati...