Sunday, 30 October 2011

The Story of a Fairy Ep.1


Ryuko adalah seorang budak lelaki yang baru berusia 10 tahun. Dia sangat pandai bermain bola sepak, kemahirannya mengalahkan orang dewasa.

Petang yang aneh pada suatu hari telah membawa Ryuko ke satu tasik yang tak pernah dijejaki sesiapa. Hembusan angin yang membuai perasaan seperti memanggil2 nama Ryuko. Dia begitu leka bermain bola seorang diri sehingga tidak sedar sudah memasuki kawasan yang asing itu.
Tiba-tiba,tanpa disangka-sanagka...

"ploop!!"

"arrgh!!camne nih?!!!"


Bola kesayangan Ryuko telah terjatuh ke dalam tasik. Dek kerana badan Ryuko yang masih kecil itu, dia tidak dapat mencapai bola yang semakin jauh ke tengah tasik. Dia cuba sedaya upaya namun dia tetap gagal...

"huhuhu..isk,isk....huu.."
Ryuko mula menangis teresak-esak.

Tiba-tiba angin bertiup kencang! Cuaca berubah dingin ! Ryuko merasakan sesuatu..

"kenapa nangis ni dik?"

"arggh!!!"


Ryuko menjerit kecil apabila disapa dengan tiba-tiba. Ryuko memerhatikan individu yang menyapanya.

Cantiknya kakak ni...
Ryuko terpegun seketika.

"Adik jangan takut.Akak orang baik.Nama akak Nae Mi."
Sambil tersenyum dia menghulurkan tangan kepada Ryuko.

"ho?akak ni ada sayap la....akak pari-pari ke?"

Nae Mi hanya tersenyum. Lalu dia mengambil bola Ryuko yang sedang terapung di tengah tasik dengan sekelip mata.

"Nah, bola adik. Adik nama siapa?"

"Ryu...Ryuko...!"

"Lain kali jangan main kat sini tau. Sini bahaya. Kawasan larangan."

"err...bola saya..saya da dapat balik bola saya..! terima ka...eh?"

eh,kakak tu da hilang...? Sape kakak tu...?

No comments:

Post a Comment